siapalah aku
untuk meminta darimu
akan apa yang aku mahu
siapalah aku
untuk memberitahumu
segala keinginanku
siapalah aku
dalam menjadi penentu
apa yang terbaik untuk aku
Siapalah aku
Untuk menahan segala ketentuanmu
Tapi
Jika dia yang kau mahu
benarkan aku menyempurnakan sesuatu
Menzahirkan segala yang terbuku
Melahirkan kasih dan sayangku
Agar dia tahu
Dia telah miliki sebahagian jiwaku
Izinkan aku
Wahai TUHANKU
Contengan hal tepi jalan, hasil renungan berfikiran, tentang apa dan siapa tanpa pengecualian :)
Thursday, October 3, 2013
Saturday, August 31, 2013
Gagal
Apabila manusia di sekelilingmu
Berada di pihak mu
Apabila angin dan bumi
Menyebelahimu
Namun engkau tidak mampu
Mendapat apa yang engkau mahu
Apa yang sepatutnya menjadi milikmu
Itulah kegagalan terbesar mu
Itulah 'kekalahan' bagimu
Yang layak engkau tangisi
Yang boleh engkau ratapi
#penasibudakcool
Saturday, August 17, 2013
AKU MAHU DEJA VU ITU
Jika ini jalan hidupku
Jika ini fenomena cintaku
Jika dia ciptaan untukku
Biar beribu hari berlalu
Biar berjuta malam berlabuh
Biar Deja Vu menghantuiku
#penasibudakcool
p/s: sbc buat puisi nih on da spot randomly maser my 'buddy' citer nakk wat satu cerpen..hihihihi....
Jika ini fenomena cintaku
Jika dia ciptaan untukku
Biar beribu hari berlalu
Biar berjuta malam berlabuh
Biar Deja Vu menghantuiku
AKU MAHU DEJA VU ITU....
#penasibudakcool
p/s: sbc buat puisi nih on da spot randomly maser my 'buddy' citer nakk wat satu cerpen..hihihihi....
Tuesday, July 16, 2013
Sebelum
Sebelum didengar
Belajarlah mendengar
Sebelum dihormati
Belajarlah menghormati
Sebelum dicintai
Belajarlah menyayangi
Sebelum menjadi atasan
Belajarlah hidup bawahan
Sebelum menjadi ketua
Belajarlah dunia hamba
Sebelum memimpin
Belajarlah rasa dipimpin
Sebelum menjadi wira
Belajarlah sengsara si mangsa
Belajarlah..
Rasa..
Kemudian rangka
Apa yang terbaik
Untuk mereka
# penasibudakcool
P/S: so far ni laaa policy yg sbc gunakan selama berkecimpung dlm mane2 leadership world...maybe korg2 bole apply jugakkk ^.^
P/S: so far ni laaa policy yg sbc gunakan selama berkecimpung dlm mane2 leadership world...maybe korg2 bole apply jugakkk ^.^
Sunday, July 14, 2013
Milik siapakah gadis ini?
Milik siapakah gadis ini?
Pesonanya bak bidadari
Dipuja pemuda dikagumi pemudi
Alangkah bahagia jika dimiliki
Milik siapa kah gadis ini?
Usah engkau bertanya lagi
Dia milik Tuhannya sejak azali
Penjaganya yang kekal abadi
#penasibudakcool
Saturday, July 6, 2013
siapakah spongie sebenarnye?????
wooottt3.....ape kabo uolsss...
lame dah takkk wat entry nihh...hehehe...busy skett (katernyerrr) hahahaha
haaaa....semalam roomate sbc tnyer..nape sbc suke pakai name 'spongie' dlm social account...hihiihihikssss....welll here the story begin..."pada zaman dahulu..." (sila bace dgn nada mcm katun tv9 uhhh)...hahahaksss*
Sbc ader sorg kawan yg teramat baikkkkk ngannn sbc...she is superb special babe..siyess...dyerrr nih suke glerrr citer spongebob squarepants uhh...dannn disebabkan dyer jugakkk sbc jadik big fan of spongebob bengong tuh...hahhaksss...n her craziness tuh memang sebaris laaa dgn spongebob uhhh...hahahaksss...thats why sbc pkai name spongie...cuz mengiktiraf status dyerr dlm my life...cewaxxxx...hahahaksss special kannn... :P
okkkayyy,,,jom tukar mood jappp...hihihiksss....sbc really hope readers btol2 menghargai ur frenship..nmpak cam clise ..but u wont understand until u really lose them...:(
my dear fren nih...(okkayyy we call her spongie laaa ea)....sakit juz after pmr...we dunno she sakit ape...at the first stage uh she cant walk,she cant talk,ahe cant eat...mcm dah hilang all the sense...n yg paling menyiksa sbc is she dun remember anyone N ME! mygaaaddd sentapp tahap dewa sgt mase first2 visit dyer after tawww she sakit...rase mcm jntung nakk gugur bile she look at me without feeling...i know her since drjah 1...share everyting...keep noting from each other...n she berubah fromm most nudss girl to lifeless..==''
n actually yg paling sbc bengkek ngan diri sbc is sbc jarang g visit dyer after she sakit...bukan sebab sibukk..bukann sebab malas..rumah dyerr dkat glerrr kowt...but sbb sbc x sanggup nakkk meet her n look at her eyes...talk to her..with no respon...n dull look mcm kiter x pernahh jumpee lgsung..
hadiah paling bermakne during my birthday is bile her sis im me n ckp "fatin dah start talking...n the first fren she mention...is you, " thats cooll...but still the last time i met her before g uitm nih..she dun wanna say any word to me...in fact x tgk pown...maybe malu wif her condition..or sedey,,,or MARAH..i dunno =='
kayyy3...dahhh3...feeling2 plakkk ...hahahksss...but because of her,,,i have the spirit to continue my life n be better and cheerful mcm dyer everyday ...n she jugak yg teach me to cheer org sekeliling me...:) n..all my personal victory are inspired by her....n ofcourse ader org laeenn gakk...but now...i focus on her kayy....hiihihikss...(elak2 ader org ngajuk nnti) LOLZZ!!!
wink3..begitulah the reason why i gune spongie n little bit bout her....MIZZ U SPONGIE :)
Thursday, June 27, 2013
Angan-angan
Angan-angan
Melihat dia
baju sampai ke lengan
Wajah ayu dan menawan
Berpewatakan sopan
Membuat hati ini tertawan
Lalu memasang angan-angan
Namun cukupkah sekadar pujian
Tanpa memainkan peranan
Berubah menjadi wanita budiman
Seperti dia
yang engkau nyatakan
#penasibudakcool
P/s: sajak ini diinspirasi oleh seorang kakak comel yang sbc usha2 maser makan kat Mini Asean, Melaka zaman bilerrr ntah...hahahah...siyes kakak nih sgt sopann orgnyer...hihihi...insaf2...hahaha
Wednesday, June 26, 2013
Di antara
Terasa seolah
Dia memelukku
erat
Dan engkau menggapai tanganku
hebat
Adakah aku terus terlena
dalam ulitan rindunya
ataupun berlalu
Menuju cinta baru darimu
#penasibudakcool
p/s; Ilham datang ketika blurr sebab ader 2 orang budak nih ceriter psal anime kat tempat lepak2 kat fakulti ....sepatah harem sbc takk paham...hahaha
Tajuknyer Di antara sebab melambangkan yang 'aku' dalam sajak ini berada dalam dilema dan berada di antara dua pilihan...
Tuesday, June 25, 2013
Dia dan cinta
Jangan Tanya mengapa
Usah merasa gelisah
Sekiranya dia tidak menyata
Betapa dia menyinta
Walau engkau selalu berusaha
Memperlihatkan segala rasa
Hanya untuk dia
Bohong dia tidak suka
Kalau engkau saja
Yang tahu membuatnya tertawa
Tipu dia tidak sayang
Jika engkau saja
Diluahkan segalanya
Tidakkah dia cinta
Terkeluar tangisan mahalnya
Dengan tidak semena
Sabarlah
Kerana baginya
Cinta Bukan sekadar kata
Diluah bermadah esok sudah lupa
Tunggulah
Kerana baginya
Cinta punya harga
Setanding jiwa dan raganya
Mampukah engkau membelinya?
cinta platonik...wujudkah?
cinta platonik..wujudkah?
susah untuk kita percaya kewujudan perasaan cinta antara lelaki dan perempuantanpa keinginan untuk menjadi pasangan kekasih.Kewujudan cinta platonik masih lagi menjadi keraguan dalam kalangan masyarakat.Bagaimanakah perasaan sayang dan cinta itu wujud tanpa ada keinginan untuk bersama sabagai kekasih.Mungkinkah cinta platonik hanya wujud kerana pasangan tersebut masih meragui kemungkinan mereka untuk menjalinkan hubungan sedangkan mereka telah menemui keserasian antara satu sama lain.Mereka tidak berani menyatakan perasaan tersebut merupakan CINTA sebenar.Kadang-kadang perbezaan latar belakang dan umur juga menjadi punca wujudnya cinta platonik ini..Mungkin juga keegoan dan ketakutan meluahkan perasaan masing-masing mewujudkan cinta jenis ini.Mereka mesra bersama tetapi hanya sebagai teman.Mungkin juga ketidakpastian menjadi faktor kelahiran cinta platonik ini.
pasangan cinta platonik kelihatan mesra dan sama seperti pasangan-pasangan bercinta yang lain.Tetapi,mereka hanya menggelar diri masing-masing sebagai teman biasa.Kemesraan dan perasaan kasih antara pasangan ini lebih daripada perasaan antara kawan baik,tetapi tidak lebih daripada pasangan cinta sebenar.Kedudukan percintaan platonik ini terikat antara rakan baik dan kekasih.
Persoalannya,bagaimanakah penghujung percintaan platonik ini? Apakah akan terjadi sekiranya salah seorang daripada mereka telah menemui pasangan cinta sebenar? Adakah hubungan ini akan berakhir begitu sahaja? Adakah akan berkekalan? Bagaimana pula dengan kisah cinta sebenar mereka?
Wujudkah "Platonic Love" ini sebenar-benarnya????
-Si Budak Cool-

Subscribe to:
Posts (Atom)