Wednesday, December 10, 2014

Monolog Gunung Ledang

Sedangkan roh masih di jasad
Lancang jiwaku disiat-siat
Walaupun zahir belum mangkat
Batin dah ditanam di liang lahad

Mengikut abang ibarat hamba
Mengikut cinta tak kunjung tiba

Tapi demi tuah aku bersumpah
Selagi mata tak bertentang mata
Akan ku tunggu berteman usia
Biarku mati berselimut setia

                             Sipenyontengjalanan


skrip babak akhir sketsa puteri gunung ledang
SEP culture night
#throwback

Wednesday, August 20, 2014

Siapa?

Andaikata dia pergi
 tidak boleh aku tangisi
Sekumit rasa di hati
takkan dapat aku bohongi
Hatinya yang keras itulah
 yang sentiasa menjaga aku
Anugerah dari Illahi ini
dapatkah selamanya ku miliki?
Hanya mampu berdoa
terbaik buatnya maka buatku jua




Thursday, August 14, 2014

Persoalannya,aku mencintai dia

Pencerita 1:

Persoalannya, aku mencintai dia
Ketika dia tiada di sisi
Ketika cintanya tiada lagi
Kerana persoalannya aku mencintai dia kan?
Tidak bererti harus memiliki
Cukuplah disimpan sendiri
Pasakkan dalam hati
Sampai mati

Pencerita 2:

Persoalannya, aku mencintai dia
Cinta yang ingin aku miliki
Bukan sekadar membuta tuli
Kerana persoalannya aku mencintai dia kan?
Cinta ini ku mahu dihargai
Bukan hanya disimpan sendiri
Tanpa dia ketahui
Menyiksa aku sampai mati

Mungkin,
Definisi cinta kita berbeza
Namun persoalannya sama
Rasanya serupa

Saturday, July 12, 2014

Yang tua

Jangan bangga bila bercerita
Tentang orang tua mendidik yang muda
Menghayun rotan pada peha
Merembat getah di lapangan dada
Ya..budaya memandang dengan penuh gaya
Digelarnya orang tua berwibawa
Tapi hakikatnya dalam agama
Beranikah orang bersuara
"Orang tua ini salah caranya"?

Jangan hanya kerana tua
Membebaskanmu untuk bicara
Menghalalkan segala tingkah hina
Mengapa pabila si tua membuat onar
 lain pula cara mengajarnya?
"Biarlah dia sudah tua"
Jawabnya.Ibarat buta.

Bila si muda baru bersuara
Mulalah mengherdik seribu bahasa
"Orang muda suka membentak"katanya
Sesekali cubalah si tua duduk
Tunduk menghadap mata liar mereka
Menyelami isi hati yang bergelora
Menawan segala kekacauan
Menenangkan jiwa yang memberontak itu.

Pabila si muda semakin dewasa
Mulalah dikurangkan perhatian kepadanya
Mengajar erti berdikari katanya
Namun bila si muda mula mencari
Cinta lain dari yang sudi
Mengapa harus diungkit kembali
Bersama siapa kau hidup di dunia ini?

Ku tulis puisi ini
Bukan kerana benci di hati
Sekadar mengingatkan diri sendiri
Pasakkan dalam naluri
Sesiapa pun punya hati

Kerana aku yang muda
kepada yang tua daripada ku
Namun aku juga si tua itu
Kepada anak dan adikku

Kerana bagiku
Sebagai yang tua
Aku harus ditaati
Bukan sekadar digeruni
Tetapi disayangi,dihormati dan dicintai
Tanpa secebis rasa benci
Atas keegoan aku sendiri


ps: dlm puisi sbc kali ini..orang tua ini hanya lah satu simbolik kepada golongan yang lebih atas..seperti senior kpd junior,ibu bapa dan anak2,dan kakak kepada adik,serta org atasan kpd org bawahan lebih senang dikata,,,,agak2 mengherdik over seniority culture laaaa...
janganla pula ada yang salah sangke..atas puisi ini..ini hanyalah berdasarkan observasi sbc dlm masyarakat kita hari ni..dan sekiranya tidak elok..haruslah diubah menjadi lebih baik...


Wednesday, June 25, 2014

DEFINISI LEMAH MU

Terjemahkan kelemahan mu
Adakah lemah kerana tidak berdaya
Atau lemah tiada kuasa

Lalu
Dengan kelemahan itu kau dihina
Kerana kelemahan itu kau dicerca

Bagaimana pula
Sekiranya lemahmu kerana tenaga
Atau lemahmu kerana kuasa

Maka 
Bukan kau takut kelemahan itu kau dihina
Namun takutla kerana kelemahan itu kau dihumban ke neraka

Friday, April 25, 2014

Melayu Aku

Melayu aku
Bahasanya indah
Tapi sayang dengan bahasa ini lah
Kita menebar dusta
Dusta yang dijulang manusia

Melayu aku
Pekertinya molek
Dipandang cantik
Tapi sayang dengan pekerti ini lah
Kita merangka tipu daya
Mencipta helah yang dipercaya

Melayu aku
Semangatnya hebat
Lihat saja lah Hang Jebat
Tapi sayang dengan semangat ini lah
Kita saling berbalah
Bangga menunjukkan "Melayu aku" lemah

Melayu aku
Bangsanya agung
Dimana mana nama "melayunya" diusung
Tapi sayang sesama bangsanya
Masing-masing menagih darah
Suka melihat 'melayunya' musnah

Wahai Melayuku
Bagaimana kita ini?
Apa nasib kita nanti?
Adakah kita masih melayu asli yang sejati?
Tidakkah kita menyesali?
'Melayu aku' menungu mati


Saturday, April 12, 2014

Its a random love stuff by me :)

All the time,
What I scared the most is to be a mistake in your life
I always want to be the one you proud of
The one that you grateful of
I want to be the thing that you always want
Be the one that you always need
I want to be your happiness
I want to be your wonderful world
That you could never imagine to own

I want to be the one that sent by God
To fulfil your life
To complete it

Being with you
is not only for fun
It is fill with responsibility
and love

I might be late to realise
the love you bring
But you are seriously
The one i never thought I will have
In my entire life
Stranger who love me
More than i ever did
Stranger who know me
And always try to

Accepting you as who you are
Never be a forced to me
It comes naturally
With no regrets

Because I believe
I am the one
Sent by God
To accept you as who you are
And to change you better than who you was

ps: sorry for grammar mistakes ya'll hehehe :)

Saturday, February 8, 2014

Klise

Cerita tentang aku?
*tersenyum*
Tiada beza dengan yang lainnya

Ada apa dalam hatiku?
*tertawa sedikit*
sama saja dengan sesiapa

Menggali buku rahsiaku?
*tertawa*
Tidak ada yang istimewa

Semuanya sama sahaja
Jika kau melihat dia
Ataupun yang lainnya
Melihat terus ke dalam mata
Pangkalnya pasti serupa
Tidak ada yang berbeza

Kisah aku?
Klise sahaja

Ps: dun always think that we r the only facing the difficulties in our life cuz after all there are people facing the same as we are :)
The colour might be different..but other things are juz the same :)

Coretan aku

Ceritaku cerita biasa.Cerita cinta zaman muda.Cerita jiwa bergelora.Cerita aku dan dia.Tapi bukan kami sahaja.Ada orang ketiga.Klise bukan?
                Dania.Indah nama seindah rupa.Personaliti bersahaja.Gaya sederhana.Tidak terlalu ayu namun tidak juga merosakkan bangsa.Tidak terlalu manja namun tidak lah kurang ajar.Cukup sempurna.Setidak-tidaknya di mata aku.Sekiranya ditanya kepada sahabatku Aiman,sudah tentu pandangannya tidak sama.Sudah tentu komentarnya juga berbeza.Mungkin juga dia tidak suka.Di matanya,kekasih hatinya,Amirah lah yang paling sempurna.
                Bagaimana kami bersua?Siapa? aku dah Aiman kah? Ha ha! Itu tak menjadi persoalan di coretanku ini.Biarlah Aiman itu terbuai lena mendengar suara cinta hatinya.Dalam kesibukan manusia berpusat di sini,dia memilih untuk berbual dengan insan dari koordinat luar juga.Dalam berjuta personaliti di sekitar kafe ini,Aiman lah salah satu yang memilih bercakap dan tertawa seorang diri di kerusi,berbekal kopi panas dan berteman aku di sini.Adakah masih wujud kezahiranku pada dia? Aku juga tidak tahu.Malahan tidak kisah.
Dania.Di kafe ini juga lah pertama kali kami bersua muka berangkap bicara.Mindaku yang telah sarat dengan formula-formula algebra dan kalkulus ini aku muatkan lagi secebis ruangan mengingati baju kurung  biru air laut polos bersulam manik dan rambutnya ditutup selendang bunga-bunga.Persis gadis melayu yang lainnya.Tiada beza.Tapi entah mengapa hati ini boleh tertambat kepada kebiasaannya itu.Lima gadis bersama aku waktu itu.Umur yang sama.Gaya tiada banyak beza.Tujuan yang serupa.Namun hati aku menggoda mata agar panahan hanya tertumpu pada dia.Minda merasuk agar tutur bicara dituju hanya pada dia.

“Nama saya Dania Umairah daripada kelas B.”Itulah kata-kata pertama yang ditutur lembut menusuk pendengaran.Gegendang telinga bergetar perlahan namun hati ini berkocak deras.Diri mula menanam angan-angan.Perasaan ditawan seorang perempuan.Mengapa aku tidak menyedari kewujudan gadis ini sebelum pertemuan ini? Kelas kami hanya bersebelahan.Mungkin ini lah jodoh dan pertemuan.Itu lah yang aku impikan.

bersambung...

Ps: sbc sedang mem-polish balik penulisan sbc yang dah lame ditinggalkan so..ni testing-testing sahaja..hihih...pliz write ur comment to make better :) thankyou