Wednesday, August 20, 2014

Siapa?

Andaikata dia pergi
 tidak boleh aku tangisi
Sekumit rasa di hati
takkan dapat aku bohongi
Hatinya yang keras itulah
 yang sentiasa menjaga aku
Anugerah dari Illahi ini
dapatkah selamanya ku miliki?
Hanya mampu berdoa
terbaik buatnya maka buatku jua




Thursday, August 14, 2014

Persoalannya,aku mencintai dia

Pencerita 1:

Persoalannya, aku mencintai dia
Ketika dia tiada di sisi
Ketika cintanya tiada lagi
Kerana persoalannya aku mencintai dia kan?
Tidak bererti harus memiliki
Cukuplah disimpan sendiri
Pasakkan dalam hati
Sampai mati

Pencerita 2:

Persoalannya, aku mencintai dia
Cinta yang ingin aku miliki
Bukan sekadar membuta tuli
Kerana persoalannya aku mencintai dia kan?
Cinta ini ku mahu dihargai
Bukan hanya disimpan sendiri
Tanpa dia ketahui
Menyiksa aku sampai mati

Mungkin,
Definisi cinta kita berbeza
Namun persoalannya sama
Rasanya serupa