She said:
This time I will not live to reach your expectation
Because I am not living in fear anymore
You can say you hate the way I dress or walk or talk
But believe me
There are thousands outside there
Adoring and admiring every flaws I have
One of them is
MYSELF
sipenyontengjalanan
Contengan hal tepi jalan, hasil renungan berfikiran, tentang apa dan siapa tanpa pengecualian :)
Tuesday, June 28, 2016
BEBASKAN JIWA
"Aku maafkan tapi aku tidak lupa"
Akan ku simpan...sampai bila?
Simpan lama nal bawa ke mana?
Mahu aku pasak dalam hati
lama lama sampai membengkak
Membusung, hitam, legam
Menjadi dendam?
Itu kah yang ku idam?
Lalu siapa yang payah?
Hati siapa yang parah?
Lepaskan lah
Untuk apa menyusah
Didik naluri jangan ikut kehendak jiwa
Yang lainnya
Tuhan ada
sipenyontengjalanan
Akan ku simpan...sampai bila?
Simpan lama nal bawa ke mana?
Mahu aku pasak dalam hati
lama lama sampai membengkak
Membusung, hitam, legam
Menjadi dendam?
Itu kah yang ku idam?
Lalu siapa yang payah?
Hati siapa yang parah?
Lepaskan lah
Untuk apa menyusah
Didik naluri jangan ikut kehendak jiwa
Yang lainnya
Tuhan ada
sipenyontengjalanan
Wednesday, November 25, 2015
Perang
Hitam putih layar itu
Menganggu fikiranku
Menyentuh jiwa mudaku
Suara tangisan itu
Membuat aku terpaku
Maha dahsyat pertarungan itu
Membuat aku terkaku
Namun rasa iu hanya di situ
Terlalu muda untuk menyelami?
Terlalu leka untuk menyedari?
Mungkin juga
Mungkin tidak
Jelasnya
Aku sebagai aku
Belum cukup tahu
Sedalam-dalamnya
Erti peperangan itu
Menganggu fikiranku
Menyentuh jiwa mudaku
Suara tangisan itu
Membuat aku terpaku
Maha dahsyat pertarungan itu
Membuat aku terkaku
Namun rasa iu hanya di situ
Terlalu muda untuk menyelami?
Terlalu leka untuk menyedari?
Mungkin juga
Mungkin tidak
Jelasnya
Aku sebagai aku
Belum cukup tahu
Sedalam-dalamnya
Erti peperangan itu
Saturday, October 3, 2015
Contengan Tepi Jalan
Contengan ini bukan sekadar isi hati
mahupun terjahan emosi
puisi ini ayatnya aku temui
dari muhasabah diri
melaluinpemerhatian nurani
tiada siapa akan terkecuali
tempiasnya juga seringkali
Menusuk ke diri sendiri
Contengan ini harus kau gali
Baru engkau mengerti
Isi yang tersembunyi
Sipenyontengjalanan
Friday, October 2, 2015
Dendam Putih
Usah khuatir
Dendam ini tidak membunuh
Tidak akan mencacatkan keturunanmu
Tidak seperti yang kau buat padaku
Balasannya perlahan
Nanti di masa depan
Lihat diriku
Kehidupanku
Lihat kamu
Dan kehidupanmu
Terimalah
Dendam putih dariku
Sipenyontengjalanan
Sipenyontengjalanan
Wednesday, December 10, 2014
Monolog Gunung Ledang
Sedangkan roh masih di jasad
Lancang jiwaku disiat-siat
Walaupun zahir belum mangkat
Batin dah ditanam di liang lahad
Mengikut abang ibarat hamba
Mengikut cinta tak kunjung tiba
Tapi demi tuah aku bersumpah
Selagi mata tak bertentang mata
Akan ku tunggu berteman usia
Biarku mati berselimut setia
skrip babak akhir sketsa puteri gunung ledang
SEP culture night
#throwback
Lancang jiwaku disiat-siat
Walaupun zahir belum mangkat
Batin dah ditanam di liang lahad
Mengikut abang ibarat hamba
Mengikut cinta tak kunjung tiba
Tapi demi tuah aku bersumpah
Selagi mata tak bertentang mata
Akan ku tunggu berteman usia
Biarku mati berselimut setia
Sipenyontengjalanan
skrip babak akhir sketsa puteri gunung ledang
SEP culture night
#throwback
Wednesday, August 20, 2014
Siapa?
Andaikata dia pergi
tidak boleh aku tangisi
Sekumit rasa di hati
takkan dapat aku bohongi
Hatinya yang keras itulah
yang sentiasa menjaga aku
Anugerah dari Illahi ini
dapatkah selamanya ku miliki?
Hanya mampu berdoa
terbaik buatnya maka buatku jua
tidak boleh aku tangisi
Sekumit rasa di hati
takkan dapat aku bohongi
Hatinya yang keras itulah
yang sentiasa menjaga aku
Anugerah dari Illahi ini
dapatkah selamanya ku miliki?
Hanya mampu berdoa
terbaik buatnya maka buatku jua
Subscribe to:
Posts (Atom)